Saturday, January 19, 2013

Aku Sebuah Telefon Bimbit



Aku sebuah telefon bimbit. Namaku Nokia. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Negeri Sembilan. Kawan-kawanku juga dilahirkan di situ.

 
Aku dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijual. Aku diletakkan  di sebuah kedai telefon bimbit yang terkenal. Aku dipamerkan di sebuah bekas kaca yang besar.

Aku berasa segan dan takut kerana terdapat ramai orang di situ. Kemudian, seorang pemuda terpegun melihat aku. Pemuda itu membeli aku dengan harga RM 199. Pemuda itu menggunakan aku untuk menghubungi rakan-rakannya.

Aku digunakan dengan baik. Aku juga disimpan di dalam sebuah bekas khas di rumah pemuda itu. Anak kepada pemuda itu turut bermain dengan aku.

Setelah beberapa bulan aku bersama pemuda itu, aku dapat mengetahui bahawa pemuda itu ingin pulang ke kampung. Aku dibawa bersamanya. Semasa dalam perjalanan, pemuda itu menggunakan aku sambil mengeluerkan kepalanya ke luar tingkap. Tiba-tiba, aku terlepas daripada genggaman tangannya.

Aku dipijak-pijak oleh kereta yang lalu disitu. Akhirnya, tamatlah tugasku untuk membantu pemuda itu. Aku gembira kerana dapat berjasa kepadanya. 

No comments:

Post a Comment