Assalamualaikum......
Kali ini saya akan berkongsi kenangan pahit dan manis di Sekolah Rendah Islam Al-Huda, KM11. Ketika saya di darjah 1, kawan pertama yang saya jumpa adalah Osama Muzakkir dan Amjad Sabaruddin. Osama tu pendek sikit tapi makin meninggi. Bagi kawan-kawan yang lain rasa macam Osama punya ketinggian tak berubah...haha..kesian. Amjad tu pulak masa darjah satu dia masukkan jari dalam sharpener. Lepastu, dia asah jari sendiri...huhu...sakit. Masa darjah 2 ada sorang kawan ni nama dia Haikal, dia gemuk sikit.. Dia kelas 2 Al-Idrisi. Kelas saya jugak. Satu hari satu kelas lawan dengan dia sorang. Perempuan tak la. tapi semua tak dapat lawan Haikal tu..
ok.... Nanti saya sambung balik.
Muslih
Muslih Online
Tuesday, December 30, 2014
Saturday, October 5, 2013
Al-quran
Suasana hening pagi memberatkan mata semua
penghuni asrama UiTM. Hanya segelintir pelajar universiti yang terjaga.wardah
membaluti tubuh kurusnya di dalam selimut tebal miliknya. Malas benar rasanya
ingin bangkit. Namun, Wardah memaksa juga dirinya itu bangun juga. Selepas
waktu Subuh, Wardah tidur semula. Dia tahu ianya tidakbagus untuk kesihatan
tetapi otak dan saraf matanya menyiapkan tugasan malam tadi. Wardah segera
menuju ke bilik air. Selepas mandi, Wardah bersiap-siap untuk ke kelas sastera
20 minit lagi. Rakan sebiliknya iaitu Rina dan Wanie juga begitu. Wardah
mencapai kotak cermin mata. Dibukanya kotak itu dan diambilnya cermin mata
berbentuk empat segi berbingkai hitam. Wardah memakai cermin mata tersebut.
Cerminnya cembung, bukan cekung. Wardah bermasalah rabun dekat. Dia dikhabarkan
mengalami masalah itu ketika berada di Tingkatan empat.
“Tidak
cantik”, dengus hati Wardah ketika membelek wajahnya di cemin.
Bukan dia sahaja berkata begitu, malah semua
orang. Terutama Rina dan Wanie.Biasanya Wardah memakai kanta lekap, tetapi
Wardah sering pening kepaa. Matanya pun pedih dan sakit. Terdapat juga
garisan-garisan merah yang halus pada mata putihnya. Tambahan pula, Wardah
gerun mendengar cerita pensyarahnya,
“
Dulu, kawan saya memakai kanta lekap. Dia masih tidak biasa. Suatu hari, tanpa
disedari, kanta lekapnya terjatuh. Apabila sampai di bilik, dia hendak
menanggalkan kanta lekap itu, didapati ia sudah hilang. Dia menjadi kelam-kabut
dan cuba menarik-narik matanya dan akhirnya mmatanya itu terkoyak. Banyak darah
mengalir dan dia dibawa ke hospital”
Di dalam bilik, ketika Wardah, Wanie dan Rina
sedang bersiap-siap….
“
Eh, Wardah, kenapa kamu pakai kanta lekap?”, Tanya Rina kehairanan.
“
Puan Adiba lah ni. Saya jadi takut dengar cerita dia semalam”, jawab Wardah
murung.
Rina ketawa terkekeh-kekeh, manja. Wardah yang
pada mulanya marah menjadi geli hati dan ketawa bersama. Wanie yang hanya
mendengar juga turut ketawa.
Malam
itu, sesi tadarus Al-Quran diadakan. Wardah suka membaca Al-Quran, tetapi..
Ya, masalah rabun dekat yang menimpa dirinya
itulah membuatkan pembacaan Al-qurannya
setiap hari menjadi terhad. Malam itu, digagahkan juga dirinya untuk
membaca dan menyemak bacaan rakan-rakannya sehingga larut malam.
-----------------------------------------------------------------
Bermula minggu depan, semua pelajar
universiti diberikan cuti selama dua minggu. Melompat giranglah tiga sekawan
itu. Wardah benar-benar rindukan keluarganya.
Beg roda tiga itu ditarik laju
menuju ke bas ‘Mahligai’. Seorang pakcik membantuWardah memasukkan beg besarnya
ke dalam tempat menyimpan barang di bahagian bawah bas. Setelah sampai di
stesen, Wardah turun dari bas. Dia mengambil begnya dan menuju ke pondok
telefon awam. Tiba-tibaa, dia terasa bahunya ditepuk perlahan.Wardah terkejut.
Serta-merta kepalanyaberpaling untuk melihat siapa yang menepuknya.
Rupa-rupanya orang itu adalah Encik Rahim, ayahnya.
“Bila sampai, Wardah?”, tanya Encik
Rahim.
“Baru saja. Mari pulang, ayah!”,
ajak Wardah sambil menyalam sopan
ayahnya itu.
Setibanya di rumah, ibunya, Puan
Rahmah dan adiknya, Widad menyanbut kepulangan Wardah dengan gembira. Wardah
bercadang bercadang untuk rehat sebentar tengah hari itu. Semuanya disebabkan
oleh bas yang terhenjut-henjut melalui kawasan berbatu.
Malam itu, Wardah melihat adiknya
menyiapkan kerja sekolah.
“Aduh,”Widad
memgang perut yang memulas-mulas itu.”Angah nak ke tandas sebentar”.
Wardah ketawa kecil lalu mengangguk kepalanya berkali-kali. Wardah kemudiannya mencapai buku
Sains Tingkatan 2 yang sedang disalin adiknya itu. Widad menyalin tentang Deria Penglihatan dalam
tajuk Organ Deria Manusia. Dibeleknya buku itu perlahan-lahan. Matanya tertacap pada mukasurat 18
yang menunjukkan struktur mata yang begitu kompleks. Dibelek lagi buku itu dan berhenti padamukasurat
26. Dua kotak menarik perhatiannya. Kotak pertama merupakan gambar penggunaan kanta lekap. Kotak
kedua pula gambar pembedahan mata menggunakan laser. ‘Kini, rabun jauh dan dekat juga boleh diatasi
menggunakan pembedahan’. Rangkap itu dibaca sebanyak dua kali. Lalu, Wardah membaca penuh
teks pada mukasurat tersebut dengan teliti. Tiada bahagian yang menceritakan tentang pembedahan
menggunakan laser.
Pada fikirannya, pembedahan menggunakan laser merupakan cara terbaik baginya untuk menyelesaikan
masalah rabun dekat yang menimpa dirinya.Tambahan pula, ‘power ‘ matanya meningkat sehingga
500.Memakai cermin mata? Itu pun boleh. Tetapi WardahB cukup tidak selesa. Tentu ada bekas pada
hidungnya. Bahagian bawah mata juga menjadi hitam seperti panda. Matanya cepat letih dan akhir
sekali, wajahnya menjadi kurang cantik. Sekaligus juga mencapai hasratnya yang menggunung tinggi
untuk selesai khatam Al-Quran menjelangnya Aidilfitri nanti.Wardah membiarkan buku Sains itu
terbuka.Dia lantas mengambil telefon pintarnya yang dibeli oleh Puan Rahmah atas kecemerlangannya
dalam SPM.Wardah mencari laman yang memaparkan tentang pembedahan menggunaka laser atau
nama lainnya, lasik. Kemudian, dia membuka’images’ atau gambar bagi lasik. Cukup menakutkan.
Perkara itu membuatkan Wardah hampir membatalkan hasratnya itu. Ianya menggelikan, menakutkan dan
menyakitkan, fikirnya.
Usai menunaikan Solat Isya’ berjemaah bersama keluarga, Wardah menuju ke bilik untuk tidur.Terbayang
gambar-gambar proses lasik yang dilihatnya tadi.Jantungnya berdegup kencang. Hatinya berbelah-bahagi,
mahu buat atau tidak. Tiba-tiba, daun pintu dikuak. Tersembul kepala Widad dari pintu itu. Widad terus
masuk ke dalam bilik itu sambil tersenyum kepada kakaknya.
Wardah memanggil Widad ketika melihatnya berjalan menuju ke katilnya.
“Kenapa along?” tanya Widad sambil berjalan mendapatkan Wardah.
“Ermm... rasanya sesuai tak kalau along buat lasik?”
“Lasik? Apa tu?” tanya Widad.
“Pembedahan mata menggunakan laser” Dia pasti adiknya sudah tahu tentangnya memandangkan
maklumat itu dijumpai di dalam buku Widad.
“Ooohh...Eh, kenapa along nak buat lasik tu?”
Wardah pun menceritakan mengapa dia tidak mahu memakai kanta lekap mahupun cermin mata lagi.
Setelah mendengar penjelasan yang panjang itu, Wardah pun bersuara,
“Boleh saja kalau along nak buat. Tapi ianya menyakitkan, betul?”
“Hrmm”, Wardah menjawab dengan mengangguk kepala. Bibirnya terjuih ke depan, menandakan dia
benar-benar takut. Dia mengeluh panjang.
“Takpelah along. Esok kita fikir lagi. Along boleh juga tanya Kak Rina da Kak Wanie. Angah pun akan
bantu Along”.. Dia benar-benar ikhlas membantu kakaknya itu.
“Terima kasih, angah. Dahlah, mari tidur”, Wardah tersenyum kepada Widad.
Punat-punat telefon pintar itu berbunyi perlahan apabila disentuh. Setelah nombor didail, Wardah
meletakkan telefon itu pada telinganya. Dia amat berharap Wanie menjawab panggilannya.
“Helo, Assalamualaikum”, kedengaran suara Wanie di hujung talian.
“Wanie, ini Wardah. Saya ingin meminta pendapat awak tentang sesuatu”
“Boleh, ceritalah. InsyaAllah saya akan bantu.”
Wardah bercerita akan masalah yang dihadapi sehingga rakannya itu benar-benar faham.
“Ha, saya cadangkan awak solat sunat Istikharah. Pasti Allah akan bantu. Err.. awak dah beritahu kepada
ibu dan ayah awak tentang hal ini?”
“Belum. Nanti saya akan beritahu mereka.Solat sunat istikharah? Ya, itu jawapan yang paling baik. Terima
kasih, Wanie. Doakan saya juga”, balas Wardah. Senyuman terukir di bibirnya yang bak delima merekah
itu.
“Sama-sama. Assalamualaikum, Wardah”, kata Wanie sebagai penutup bicara.
“Waalaikumussalam”
Puan Rahmah memandang Wardah degan pendengaran yang tajam. Mulutnya dibuka untuk bercakap,
“Along betul nak buat ke lasik tu?”, nadanya cukup serius.
“Ya, ibu. Along yakin”, Wardah menjawab ringkas.
Puan Rahmah mengangguk kepalanya. Dia sudah mendengar penjelasan dan alasanWardah untuk
melakukan pembedahan laser tadi. Dia juga pernah melakukan lasik ketika tujuh tahun lalu. Memang
melegakan. Tidak perlu lagi memakai cermin mata. Fikirnya lagi, Wardah merupakan seorang pelajar
sastera. Tentu anaknya itu perlu banyak membaca.Puan Rahmah pasti dia akan cepat sakit mata dan pening
kepala. Dia juga bangga akan anaknya yang bersemangat tinggi untuk khatam Al-Quran.
“Baiklah, Wardah. Ibu benarkan.Tetapi Wardah perlu tanya ayah dahulu.”kata Puan Rahmah.
Wardah membulatkan matanya. Ucapan terima kasih dikuntum sambil memeluk ibu yang penyayang itu.
Hati Wardah berbunga mekar mendengar kata-kata dari Puan Rahmah.
Petang itu, Wardah menunggu kepulangan Encik Rahim. Radio terpasang. Alunan lagu’Syukur’
dendangan Jamal Abdillah seiring dengan belaian lembut Wardah terhadap Putih, kucing jantan yang
dipelihara sejak tingkatan 1 dahulu. Sepuluh minit menunggu, akhirnya ayahnya pulang juga. Putih diletak
di karpet. Wardah segera mendapatkan ketua keluarga itu.
“Ayah...ayah...Wardah nak bincang sesuatu dengan ayah ni..” Wardah memanggil Encik Rahim.
Dia memang tidak sabar untuk memberitahu ayahnya tentang lasik.
“Kamu ni pun, along. Tunggulah ayah duduk dulu. Ayah penat ni.”balas Encik Rahim sambil
mengeluh panjang.
Wardah tersengih. Dia memetik suis kipas dan kemudiannya berjalan ke dapur untuk membancuh secawan
teh ‘O’ kegemaran ayahnya. Dia perlu mengambil hati agar ayahnya itu membenarkannya membuat lasik.
Usaha Wardah membuahkan hasil. Setelah diceritakan masalahnya, Encik Rahim terus bersetuju. Bukan itu
sahaja, malah, Encik Rahim juga berjanji akan menghululurkannya wang RM2000.
Kalkulator dipegang pada tangan kiri. Tangan kanannya pula menulis sesuatu. Setengah jam
yang diambil bagi menulis perancangan yang terbaik bagi mendapatkan wang untuk membiayaai kos
lasik.Setelah dikira, Wardah mengambil keputusan membuat buku Tips Peperiksaan Cemerlang.Buku itu
akan dibuat saiz 1/4 dari saiz kertas A4. Mukasuratnya pula berjumlah 28. Harganya hanya dua ringgit
setiap buku. Kos fotostat pula hanya 70 sen. Jika jumlah buku yang terjual mencapai 2000, untungnya
mencapai lebih RM2000.Wardah tekad, kemahirannya dalam bidang sastera akan diguna pakai dalam buku
tersebut. Doa dan zikir juga akan dimasukkan di dalamnya. Niatnya ikhlas mencurah bakti kepada pelajar-
pelajar yang bakal menduduki peperiksaan itu.
Petang keesokan harinya, Wardah dan ayahnya hendak pergi ke rumah Cikgu Harun, pengetua
SMK Sungai Ujong. Memandangkan rumahnya hanya 2km dari rumah mereka, Encik Rahim mengambil
keputusan membawa Wardah ke rumah itu dengan menaiki motor jenama ‘Modenas’ yang telah
berkhidmat sejak enam tahun lalu itu.
Ting..tong. Punat loceng ditekan. Kali kedua sudah loceng itu dibunyikan.Pintu dibuka.Seorang
lelaki tersenyum kepada Encik Rahim. Encik Rahim memberi salam. Cikgu Harun menjawab salam dan
mempelawa dua beraak masuk ke dalam rumahnya.Setelah berbincang, Cikgu Harun terus bersetuju.
Harapannya adalah ingin sekolahnya berjaya mencatat rekod baru dalam PMR tahun ini. Tambahan pula,
tahun ini merupakan tahun terakhir peperiksaan tersebut diadakan kerana sistem penilaian telah ditukar
kepada sistem ‘Pentaksiran Berasaskan Sekolah’. Cikgu Harun juga berhasrat untuk membantu Wardah
yang bersemangat tinggi dan bijak itu.
“Terima kasih, Cikgu Harun”, kata Wardah lalu menguntum senyuman.
Wardah duduk pada kusyen di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn. Pada tangannya terletak satu
majalah yang dicapai pada rak buku. Dua hari lepas, ujian mata telah dibuat. Dia gembira mendengar
keputusan kelulusan baginya melakukan lasik.Teringat kembali ketika Cikgu Harun menyerahnya
wang sebanyak RM2700. Sungguh tidak disangka. Sebagai tanda penghargaan, sedikit wang dihulur
kepadanya.Tiba-tiba, seorang wanita Melayu berpakaian serba putih berjan menuju ke arah Wardah.
“Cik Wardah, sila ikut saya”, dia memanggil lembut. Penghormatan diutamakan kepada para
pelanggan yang datang ‘membaiki’ mata di hospital itu.Wardah mengangguk kepala. Dia lantas bangun
meninggalkan ibu dan adiknya. Hatinya berdegup kencang. Entah berapa kali dia berzikir memuji Allah.
Memanjat setinggi pengharapan agar Allah memudahkan ursannya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, yang memberi nikmat penglihatan ini.Ya Allah, kini aku boleh melihat
dengan jelas tanpa memerlukan dua alat yang membantu juga menyusahkanku itu. Zikirku hanya untukmu,
dan selawatku hanya untuk kekasihmu, Ya Allah.Oh Tuhanku, tuhan yang Ar-Razak, terima kasih di atas
nikmat yang mencurah-curah ini...”
Tangannya ditekup pada wajahnya. Al-Quran yang telah dikhatamkan itu ditutup.Bulan
Ramadhan kini hampir menutup tirai.Esok senja, Takbir Aidilfitri akan dialun, penuh kesyukuran....
Saturday, January 19, 2013
Aku Sebuah Telefon Bimbit
Aku sebuah telefon bimbit. Namaku Nokia. Aku dilahirkan di sebuah kilang
di Negeri Sembilan. Kawan-kawanku juga dilahirkan di situ.
Aku berasa segan dan takut kerana terdapat ramai orang di situ. Kemudian,
seorang pemuda terpegun melihat aku. Pemuda itu membeli aku dengan harga RM
199. Pemuda itu menggunakan aku untuk menghubungi rakan-rakannya.
Aku digunakan dengan baik. Aku juga disimpan di dalam sebuah bekas khas di
rumah pemuda itu. Anak kepada pemuda itu turut bermain dengan aku.
Setelah beberapa bulan aku bersama pemuda itu, aku dapat mengetahui bahawa
pemuda itu ingin pulang ke kampung. Aku dibawa bersamanya. Semasa dalam
perjalanan, pemuda itu menggunakan aku sambil mengeluerkan kepalanya ke luar
tingkap. Tiba-tiba, aku terlepas daripada genggaman tangannya.
Aku dipijak-pijak oleh kereta yang lalu disitu. Akhirnya, tamatlah tugasku
untuk membantu pemuda itu. Aku gembira kerana dapat berjasa kepadanya.
Saturday, November 10, 2012
KELUARGA BAHAGIA
Gambar yang ditunjukkan diatas ialah gambar ahli keluarga yang sedang bergembira dan bermain bersama-sama. Kebanyakan keluarga merupakan keluarga bahagia. Kita juga mestilah berusaha untuk menjadikan ahli keluarga kita turut mempunyai sifat kasih sayang antara satu sama lain. Jikalau satu pergaduhan berlaku, kita mestilah berbaik semula untuk mengekalkan hubungan silaturrahim. Bak kata pepatah:"AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS". Maksudnya adalah hubungan keluarga tidak akan terputus samada pergaduhan yang besar ataupun kecil. Setakat ini sajalah saya menulis kali ini. Jangan lupa untuk menjadikan keluarga anda bahagia. Selamat membaca !!!
Thursday, April 26, 2012
Antara Kawan-Kawan Saya
Assalamualaikum semua, hari ini saya akan menceritakan tentang kawan-kawan saya.Saya mempunyai ramai kawan. Antaranya ialah Fayyadh, Zainul, Hazimin, Aminin, Tengku, Afiq, Iqbal, Osama, Azim dll. , Zainul, Fayyadh, Afiq, Iqbal dan Azim menduduki kelas yang sama dengan saya iaitu kelas 4 Ibnu-Haitham. Manakala Hazimin, Aminin, Tengku, Osama menduduki kelas yang berbeza dengan saya iaitu kelas 4 Ibnu-Faris. Antara daripada mereka membeli kereta TAMIYA. Kereta itu menggunakan moto dan perlu dipasang sendiri. Apabila motonya susah hendak bergerak, ia menyediakan minyak pelincir di dalam satu bekas kecil. Dan Iqbal membeli permainan yang bernama BEY BLADE. Permainan itu sebenarnya hanyalah permainan gasing. Gasing itu berpusing sangat lama. Iqbal memberikan kepada saya 1 set permainan itu. Setakat ini sahajalah blogger yang ditulis oleh saya. Selamat membaca !!!
Saturday, January 21, 2012
Kisah Memasuki Darjah Empat
Assalamualaikum semua, pada tahun 2012 ini, semasa 4 Januari yang lalu saya memasuki kelas baru. Kini saya sudah berjumpa dengan darjah empat. Walaupun sedih meniggalkan tahap junior, saya tetap berasa gembira kerana saya dah tahap dua. Pasal kawan-kawan, saya berasa sedikit boring kerana kawan karib saya yaitu Hazimin, Hafiz dll memasuki kelas yang berbeza dengan saya.
Setakat ini, pelajaran saya semasa tahun empat lebih sukar daripada biasa. Walau bagaimanapun, ianya tidak memutuskan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa subjek yang ditambah iaitu Hadith/Tafsir, Kemahiran Hidup, Sivik, Kajian Tempatan dan Imlak/Khat
Setakat ini sahajalah saya menulis my blogger untuk tajuk ini. Selamat tinggal tahun tiga, selamat datang tahun empat.
Semua Bacalah MyBlogger Saya Ini.
Setakat ini sahajalah saya menulis my blogger untuk tajuk ini. Selamat tinggal tahun tiga, selamat datang tahun empat.
Semua Bacalah MyBlogger Saya Ini.
Saturday, January 22, 2011
Kisah adik saya
Adik saya bernama Mus'ab Umayr b. Muhammad Fathi.Makanan kegemarannya ialah ayam goreng.Ia juga sukakan Upin & Ipin,spongebob,Wonderpets dan lain-lain.Selamat membaca !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)